Friday, August 13, 2010

:: janganlah terlalu ego ::


Assalamualaikum ::

semalam annerayder ada post satu MV bertajuk janglah terlalu ego.

apa yang anne rayder rasa?

sedih.

kenapa?

terdiam, tak tahu apa jawapan yang annerayder perlu beri

sebab?

sebab bile annerayder tengok MV tu, annerayder sedar, kita ni sebagai manusia terlalu pengtingkan diri sendiri, terlalu sibuk menjaga ego, sampai kadang-kadang kita tak sedar ada orang yang terluka dengan ego kita.

kadang-kadang kita fikir, itu adalah satu cara kita untuk menjaga hati kita dari terluka.

betulkah? itukah caranya? dengan menjaga ego?

annerayder deleng kepala. itu kerana kita sebenarnya seorang penakut. coward. kita tak berani. kita kata. cinta tak perlu diucap. sayang tak perlu di lafazkan. cukup kalau dia tahu.

kalau dia tahu?

tapi.. macam mana orang-orang yang kita sayang nak tahu kalau kita tak pernah lafazkan apa-apa? tak pernah tunjuk apa-apa? IGNORANT!

kita tahu tak dia sedih? tak kan? sebab kita fikir dia faham.

betul. dia faham. tapi sampai bila?

bila annerayder ujar kan soalan tu, pasti ramai yang cakap, kalau dia ikhlas dan jujur menyayangi dia akan tetap setia disisi, dia akan sentiasa menyayangi.

betul.

dia akan sentiasa menyayangi, tapi, satu saat dia tetap akan pergi..

satu saat hati dia juga akan beku.

dia akan bersedih. dia akan berdoa dan dia akan berharap. dia akan sayang sampai bila-bila. tapi .. adilkah itu untuk dia? sedangkan kita masih endah tak endah.. tapi kita mengharapkan .. dia kena faham kalau dia sayang kita, dia kena itu. dia kena ini .. habis kita? kita buat apa?

mengahrapkan dia terus kekal disitu berpaut pada dahan yang kita tak pernah hulur dengan bersungguh-sungguh?

lalu kita akan kata apa?

sudah.. aku sudah menyayangi dia sepenuh hati aku, sekuat hati aku.. dalam hati aku hanya ada dia.. tapii .. aku tak tahu mcam mana nak cakap.. aku xreti.. aku tak boleh .. die kena lah faham ..

lagi-lagi alasan itu .. dia kena faham .. semua itu ALASAN!! ..

kita mnegharap dia faham.. kita faham kah?

kita mengharapkan dia kekal disitu .. kita benarkan dia berpaut teguhkah?

fahamlah .. adakalanya manusia itu akan jadi letih .. penat .. jauh hati ..

jangan salah kan dia bila dia pergi .. salahkan kita .. tanyalah .. apa yang telah kita beri?

:: jangan salah faham .. ini bukan sahaja antara kekasih .. tapi juga antara ibu dan anak, ayah dan anak , suami dan isteri , adik beradik dan kawan-kawan :: kalau kita sayang, katakan, ujarkan , bar mereka tahu , jangan sampai mereka tiada lagi disisi kita, jangan tunggu mereka tak lagi dapat mendengar kita, kerana ketika itu, menjeritlah sekuat hati, menangislah selautan pun, takkan dapat mengembalikan mereka kepada kita ::

p/s: mak, abah, mama, ibu, ateh, opah, atok dan atok , dan adik-adik semua .. ayong sayang korang semua ..

: my bffs, my housemate nad sayang korang
: sahabat-sahabat saya, nad sayang korang jugak
: each and everyone in my life , annerayder sayang korang jugak :)

: :) sebarkan sayang korang hari ini :) :