Monday, August 9, 2010

Arie kisah 1 : mungkin ini takdirnya


kawan saya bercerita:

Arie KISAH 1 : mungkin ini takdirnya


Arie ada kawan nama dia Erna .. satu hari Arie berkenalan dengan sahabat baru (kita namakan dia) Erwan .. maka, kedua Arie dan Erwan ni mula menjadi rapat .. mula menampakkan sifat ambil berat dan sayang antara satu sama lain. mereka menjadi sahabat.

tapi..

pada suatu hari, Arie mendapat firasat, 'SOMETHINGS WRONG SOMEWHERE' , sebab, Erwan mula berubah sikap dan dia mula kelihatan rapat dengan Erna, KENAPA? tanya Arie. dia cuba bersikap biasa ..cool (bak kata mereka) .. tapi hati siapa yang dapat tahan bila melihat sahabat sendiri berubah sikap dan mula rapat dengan orang lain..

jadi..

Arie melakukan kesilapan yang paling besar dalam hidupnya apabila, dia telah melukakan hati sahabatnya, dengan mengajukan pertanyaan kepada Erwan dan memaksa sahabatnya itu berjanji, janji yang tidak sepatutnya dia minta sahabatnya lakukan. bermula dari titik tolak itu, sahabatnya semakin menjauhkan diri .. kata sahabatnya ..

" aku fikir kau memahami aku , tapi kau sama sahaja seperti orang lain "

sedih. kecewa. mungkin itulah perasaan Erwan ketika itu. terpempan Arie apabila mendengar kata-kata Erwan yang sedemikian rupa.berulang kali Arie memohon maaf, namun tak satu pun dapat meredakan perasaan kecewa yang melanda hati Erwan. Arie menyepi. Erwan menyepi. seolah2 sudah bernoktah persahabatan mereka.

kata orang masa akan mengubat segalanya. MENGUBAT. mungkin ya. tapi SEGALANYA. mungkin tidak. hampir beberapa lama persahabatan mereka menyepi, mereka akhirnya berdamai. mungkin atas doa Arie yang tak pernah putus-putus pada ILAHI, yang maha membolak balikkan hati.

tetapi..

semuanya tidak lagi seperti dulu.sekadar bersahabat, seperti ada dan seperti tiada. tiada lagi gelak tawa, gurau manja.. hilang.. hilang entah ke mana.

sedih. kecewa. begitulah juga perasaan Arie. menangis, biar air mata darah sekalipun, takkan mengembalikan semuanya seperti sediakala. Arie pasrah, redha.

"salah aku" . katanya

" sahabat, aku biarkan kau pergi, kerana silap aku sendiri. namun ingatlah, aku masih di sini, setia menanti, bila saat kau ingin kembali " katanya lagi

dan terhenti di situ persahabatan dan kasih sayang mereka. dan mungkin itu jalan takdirnya.


tamat kisah satu tentang seorang sahabat saya... tunggu sambungan kisah Arie dalam episod seterusnya .. :)


kepada siapa-siapa yang ingin kisahnya di paparkan, tetapi tidak mahu sesiapa pun tahu itu kisah dia..atau siapa-siapa sahaja yang ingin berkongsi cerita disini.. jangan segan-segan untuk 'email' kepada saya di tea2anne@yahoo.com ..

saya akan mengolah cerita anda menjadi KISAH KITA ..

No comments: