Friday, August 13, 2010

:: janganlah terlalu ego ::


Assalamualaikum ::

semalam annerayder ada post satu MV bertajuk janglah terlalu ego.

apa yang anne rayder rasa?

sedih.

kenapa?

terdiam, tak tahu apa jawapan yang annerayder perlu beri

sebab?

sebab bile annerayder tengok MV tu, annerayder sedar, kita ni sebagai manusia terlalu pengtingkan diri sendiri, terlalu sibuk menjaga ego, sampai kadang-kadang kita tak sedar ada orang yang terluka dengan ego kita.

kadang-kadang kita fikir, itu adalah satu cara kita untuk menjaga hati kita dari terluka.

betulkah? itukah caranya? dengan menjaga ego?

annerayder deleng kepala. itu kerana kita sebenarnya seorang penakut. coward. kita tak berani. kita kata. cinta tak perlu diucap. sayang tak perlu di lafazkan. cukup kalau dia tahu.

kalau dia tahu?

tapi.. macam mana orang-orang yang kita sayang nak tahu kalau kita tak pernah lafazkan apa-apa? tak pernah tunjuk apa-apa? IGNORANT!

kita tahu tak dia sedih? tak kan? sebab kita fikir dia faham.

betul. dia faham. tapi sampai bila?

bila annerayder ujar kan soalan tu, pasti ramai yang cakap, kalau dia ikhlas dan jujur menyayangi dia akan tetap setia disisi, dia akan sentiasa menyayangi.

betul.

dia akan sentiasa menyayangi, tapi, satu saat dia tetap akan pergi..

satu saat hati dia juga akan beku.

dia akan bersedih. dia akan berdoa dan dia akan berharap. dia akan sayang sampai bila-bila. tapi .. adilkah itu untuk dia? sedangkan kita masih endah tak endah.. tapi kita mengharapkan .. dia kena faham kalau dia sayang kita, dia kena itu. dia kena ini .. habis kita? kita buat apa?

mengahrapkan dia terus kekal disitu berpaut pada dahan yang kita tak pernah hulur dengan bersungguh-sungguh?

lalu kita akan kata apa?

sudah.. aku sudah menyayangi dia sepenuh hati aku, sekuat hati aku.. dalam hati aku hanya ada dia.. tapii .. aku tak tahu mcam mana nak cakap.. aku xreti.. aku tak boleh .. die kena lah faham ..

lagi-lagi alasan itu .. dia kena faham .. semua itu ALASAN!! ..

kita mnegharap dia faham.. kita faham kah?

kita mengharapkan dia kekal disitu .. kita benarkan dia berpaut teguhkah?

fahamlah .. adakalanya manusia itu akan jadi letih .. penat .. jauh hati ..

jangan salah kan dia bila dia pergi .. salahkan kita .. tanyalah .. apa yang telah kita beri?

:: jangan salah faham .. ini bukan sahaja antara kekasih .. tapi juga antara ibu dan anak, ayah dan anak , suami dan isteri , adik beradik dan kawan-kawan :: kalau kita sayang, katakan, ujarkan , bar mereka tahu , jangan sampai mereka tiada lagi disisi kita, jangan tunggu mereka tak lagi dapat mendengar kita, kerana ketika itu, menjeritlah sekuat hati, menangislah selautan pun, takkan dapat mengembalikan mereka kepada kita ::

p/s: mak, abah, mama, ibu, ateh, opah, atok dan atok , dan adik-adik semua .. ayong sayang korang semua ..

: my bffs, my housemate nad sayang korang
: sahabat-sahabat saya, nad sayang korang jugak
: each and everyone in my life , annerayder sayang korang jugak :)

: :) sebarkan sayang korang hari ini :) :

Tuesday, August 10, 2010

hari pertama!!



theannerayderstory mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam yang mula menjalani ibadah puasa pada hari ini. semoga kehadiran ramadhan kali ini membawa seribu satu keberkatan kepada kita semua.

perbanyakkanlah amal ibadah kita pada bulan yang mulia ini. berdoalah, kerana pada bulan ini, doa - doa mudah di makbulkan,

:: sabda nabi s.a.w : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak.::

selamat beramal semua :)


p/s: wahhh melihatkan bazaar - bazaar ramadhan yang sudah siap di pasang khemahnya semenjak semalam membuatkan annerayder teruja.. 4.30 pm .. way to go bazaar ramadhan .. hahaha jangan MEMBAZIR ye kawan-kawan :)



Monday, August 9, 2010

Arie kisah 1 : mungkin ini takdirnya


kawan saya bercerita:

Arie KISAH 1 : mungkin ini takdirnya


Arie ada kawan nama dia Erna .. satu hari Arie berkenalan dengan sahabat baru (kita namakan dia) Erwan .. maka, kedua Arie dan Erwan ni mula menjadi rapat .. mula menampakkan sifat ambil berat dan sayang antara satu sama lain. mereka menjadi sahabat.

tapi..

pada suatu hari, Arie mendapat firasat, 'SOMETHINGS WRONG SOMEWHERE' , sebab, Erwan mula berubah sikap dan dia mula kelihatan rapat dengan Erna, KENAPA? tanya Arie. dia cuba bersikap biasa ..cool (bak kata mereka) .. tapi hati siapa yang dapat tahan bila melihat sahabat sendiri berubah sikap dan mula rapat dengan orang lain..

jadi..

Arie melakukan kesilapan yang paling besar dalam hidupnya apabila, dia telah melukakan hati sahabatnya, dengan mengajukan pertanyaan kepada Erwan dan memaksa sahabatnya itu berjanji, janji yang tidak sepatutnya dia minta sahabatnya lakukan. bermula dari titik tolak itu, sahabatnya semakin menjauhkan diri .. kata sahabatnya ..

" aku fikir kau memahami aku , tapi kau sama sahaja seperti orang lain "

sedih. kecewa. mungkin itulah perasaan Erwan ketika itu. terpempan Arie apabila mendengar kata-kata Erwan yang sedemikian rupa.berulang kali Arie memohon maaf, namun tak satu pun dapat meredakan perasaan kecewa yang melanda hati Erwan. Arie menyepi. Erwan menyepi. seolah2 sudah bernoktah persahabatan mereka.

kata orang masa akan mengubat segalanya. MENGUBAT. mungkin ya. tapi SEGALANYA. mungkin tidak. hampir beberapa lama persahabatan mereka menyepi, mereka akhirnya berdamai. mungkin atas doa Arie yang tak pernah putus-putus pada ILAHI, yang maha membolak balikkan hati.

tetapi..

semuanya tidak lagi seperti dulu.sekadar bersahabat, seperti ada dan seperti tiada. tiada lagi gelak tawa, gurau manja.. hilang.. hilang entah ke mana.

sedih. kecewa. begitulah juga perasaan Arie. menangis, biar air mata darah sekalipun, takkan mengembalikan semuanya seperti sediakala. Arie pasrah, redha.

"salah aku" . katanya

" sahabat, aku biarkan kau pergi, kerana silap aku sendiri. namun ingatlah, aku masih di sini, setia menanti, bila saat kau ingin kembali " katanya lagi

dan terhenti di situ persahabatan dan kasih sayang mereka. dan mungkin itu jalan takdirnya.


tamat kisah satu tentang seorang sahabat saya... tunggu sambungan kisah Arie dalam episod seterusnya .. :)


kepada siapa-siapa yang ingin kisahnya di paparkan, tetapi tidak mahu sesiapa pun tahu itu kisah dia..atau siapa-siapa sahaja yang ingin berkongsi cerita disini.. jangan segan-segan untuk 'email' kepada saya di tea2anne@yahoo.com ..

saya akan mengolah cerita anda menjadi KISAH KITA ..

langkah pertama :)


assalamualaikum ...

kepada semua pembaca dan pengikut-pengikut blog saya sekalian.. terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini.. bermula hari ini, saya akan mengubah konsep blog saya dan cuba untuk meng update kannya sekerap mungkin..

konsep baru ini adalah percubaan pertama saya untuk menulis cerita-cerita orang sekeliling saya dengan menggunakan nama dan pengolahan baru.. semoga mungkin ada iktiar atau pengajaran yang boleh kita sama-sama dapati dan perolehi ..

setiap komen anda adalah amat lah di hargai .. comment pada cara penulisan mahupun comment tentang kisah-kisah yang di paparkan ... adalah sangat di alu-alukan :)

doa-doakan saya :)

sekian..

Sunday, August 8, 2010

:: sahabat .. janji padaku dua perkara ::


" sahabat".

aku mengangkat kening. kenapa?

"janji pada aku dua perkara." zaman mengepal pnumbuk dan mendekatkannya pada dada kiriku.

"pertama, ingati aku dalam setiap doamu."

hati aku tiba-tiba rasa sebak. sinaran mata zaman dan sentuhannya kepadaku membuatkan aku terasa seperti dia sedang meluahkan satu harapan yang teramat besar kepadaku.

"kedua?"

zaman menarik nafas sebentar. "kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku.bila aku bengkok kau luruskanlah aku."

- novel TERASING , oleh HILAL ASYRAF -

.. novel yang sangat berbeza. penulisnya membawa satu dimension baru dalam dunia penulisan. Ia mengisahkan keutuhan kasih sebuah persahabatan dan luhurnya cinta dalam garapan redha ILLAHI...

:: SAHABATKU .. UHIBBUKAFILLAH ::

.: dia yang aku panggil sahabat :.



aku selalu bertanya dan tertanya-tanya, kenapa dan mengapa .. masih tiada jawapan dan masih tinggal persoalan.. tapi itu dulu .. sekarang aku yakin aku punyai jawapan yang menjawab segala persoalan .. because im with and without .. because :




orang yang kita boleh:
- kacau tak kira masa
- mengada-ngada
- marah
- jerit
- do stupid thing infront
- pukul (guraw2)
- saying supid thing infront
- being yourself infront
- being sengal infront
- share everything with
- hear everything we said

but :
- still like us
- still think we r the best
- still care and love us
- still there for us
- still missed us when we r not there
- still go out and make time for us, even how tired it was
- still ...

and:
- kita xpnah rasa takut dia akan tinggalkan kita and break the friendship for those silly act and stupid things we said and done.

for that:
thank you so much for being in my life, thanks for finding me, and thanks for our friendship ... i hope and pray, it will last forever and ever .. <3

Sunday, August 1, 2010

it's a new day :)





assalamualaikum

:: detik baru ::

01/08/10

Hoyeahhhh!! semalam(coz hari ni da 2 hb) aku, diana, as, rose, kecik, abg long, abg is, irshad dan kaduk beronok2 sambil photoshoot at kota metropolitan, kepong.

selepas beberapa minggu merancang akhirnya dapat jugak kitorang melepaskan mengidam nak maen layang-layang. we all sangat happy and puas hati walaupun panas, bersesak2 layang putus and kena beli baru. yang paling kasihan rose, dua2 layang2 yang dia beli putus dan terbang menghilang. hehe sbr ye rose, next time kite bt layang2 kertas.. baru xrugi kan :) ..

thanx to all yang terlibat dan menjayakan activity tu. thanx banyak2 kat abg long sbb da sedia kan sandwich.. thanx to abg is coz da naekkan layang2 nad (oops terkantoi xnaekkan layang2 sndiri.. hehe) .. thanx thanx thanx .. love u all.. muah3 <3>